Saturday, December 4, 2010

KISAH LAST POSTING IN MEDICAL WARD AND LAST SEM 1!!

Pernah merasakan suatu hari yang kita hadapi itu penuh dengan perkara-perkara aneh? kujangkakan mesti setiap orang akan merasai cuma perasan atau tidak perasan sebenarnya benda tersebut berlaku..

Aku menuju ke ward...(as usual,lewat!!)

Kepala dah fikir..ok,hari ni kena buat dressing dua orang pesakit..dengan keadaan ulser di kaki agak teruk. "multiple ulcer" maksudnya kudis di banyak tempat. 2 orang pesakit:

gambar di atas adalah contoh ulcer...~di ambil dari google image~

pesakit 1: ada masalah dengan buah pinggang (renal failure), campur dengan diabetes a.k.a kencing manis..kaki kanan, ulser sebesar dua jengkal dan berair..banyak pus (nanah) kelihatan. Tumit kaki, gangrene..semalam jumpa maggot(ulat)..kaki kiri ada dua ulser lagi..

pesakit 2: as same as pesakit satu cuma the problem is bau nya....ulser nya kena jangkitan kuman.sepsis. staff nurse pun tercungap2 masa nk tukar cadar.but condition dia still stable.

ok, aku jaga 6 orang pesakit in B2 kubikal..really for "keep our eyes on patient" kubikal. wif liza.

those 2 patients are in my cubical...of course with 1 staff nurse that tagging with us.

today is my last day in that cubical which mean, day 7 with the same patient. (unless the patient discharge or new admitting )

sambung cerita..

jadi aku terus ke kaunter untuk pass over report...

however......what i heard is, the patient nmbr 2 is died.......

betul2 tidak percaya..sebab baru semalam mak cik tu bercakap..baru semalam dia hendak duduk,lenguh katanya..baru semalam dengar dia mengerang...baru semalam...oh,my....aku memang terkejut..

tapi,perasaan mesti diatasi...kuteruskan kerja jua utk kesekian akhir kali di sini..

masa hendak pergi rehat,mei memanggilku:

mei: yuni, ada kerja kah?

yuni:tiada,kenapa mei?

mei: oh, nk minta tolong sama2 hantar pesakit ke ultrasound..

yuni: ok..jom!

turun bawah dengan pesakit dan mei..sementara tunggu pesakit yang sememangnya ramai hari ni sempat jugak berbual2 dengan mak cik penjaga kepada pesakit. sambil2 mata melilau memerhati pesakit2 yg lain.....eh!..pak cik 4s!!

pak cik pun mcm kenal aku jgk..terus dia minta anak dia yg tolak kerusi roda untuk berhenti.aku ke arah pak cik.

aku: pak cik! apa khabar, sihat?? :-)

pakcik: sihat2..tgk kaki pak cik, dah okey dah...(sambil tunjuk kakinya yang dipotong, tapi terkena jangkitan)

aku: Alhamdulillah...

wauuuuu....i really felt amazing!..as ur information that pak cik when i met in the ward really looks so lethargy and fatigue till he did not want to speak and smile. only her wife will answer all question..

but today>>>oh my, betul2 rasa Allah itu maha kuasa...hanya Dia yang tahu segalaNya..

"Benda yang kita aspect akan berlaku...tidak berlaku...malah sebaliknya berlaku"

Allow me..Subhanallah.....Praise be to Allah...

Monday, September 20, 2010

Great Nurse Maryuni???(GNM)

Okey...hari ini hari kedua masuk ward after raya~

Semalam (in kelantan:maring), aku masih dalam mood raya, namun hari ini Alhamdulillah..aku mulai pulih dari demam raya dan ingin buat yang terbaik untuk pesakit kesayanganku.

Bunyi "message handphone" kedengaran. Oh, Alang a.k.a teman clinical ku.

Alang: Yun, hg dah siap?
Aku: belum..hg p dlu
Alang: Okey, aku p dlu sbb nk buat C.F (Okey..alang, c.f tu apa?? aku lupa nk tanya, nanti lah aku tnya dia?

Passing report over, aku ambik 1 patient je untuk buat management sebab abang staff nurse merungut dia tiada patient untuk buat report. Dapat kat student semua. ( Bagi aku, yes, report penting petanda aras dan bukti kita "do something" untuk patient, tapi jika hanya semata-mata report yang ditulis dan kita "done nothing" untuk patient, what for???)

Pesakit kubikal A2 ada seramai 6 orang (well, sampai hari ini aku berada di medikal ward rasa amat bersyukur kerana pesakit diarrangekan ikut kubikal, sewaktu di surgikal ward berkejaran aku ingin pantau pesakit aku...bukan seorang dua, kadang2 hingga 9 orang!..phewww~)

Okey, jangan ganggu aku lepas pass report, aku nk scan patient aku dlu.(memang habit aku sebelum mulakan tugas untuk mengscaning patient, lagi bagus sebenarnya kalau datang awal dan tengok patient sebelum pass report,sila jangan ikut habit ini..hehe)

patient aku..maaf,nama tidak disiarkan (hehe..ethic!)
1.
diagnose: Viral fever TRO dengue fever
6 pine n/s
Bd FBC
4H V/S
Strict I/O
Incourage oral intake

2.
left Loin hematoma secondary to overwarfarinazation, ccf, underlying dm, ckd
buse,creat dly
KIV abdo
tds cbs
restrict fluid- 500cc/day
modified condom
trace old note

3.
ckd,hpt,dm2
dly buse,creat
premeal cbs
800cc/day
strict i/o chart
echo today

4.
rt pleural effusion
ct guided biopsy
nbm-5 am
gsh ada
old note ada
2pm appoinment

5.
fever secondary to cap, infected ijc, dm2, hpt
u/s droppler 10/10
condom chateter
4h pulse rate
gcs chart
800 cc/day
strict i/o chart
echo today

6.
decompensated ccf, ihd, dm
transferred to 1s (if have bed)
premeal cbs
prone up
i/o chart
packed cell withold
u/s abdo
tca uro clinic 2/7

seorang pesakit aku mengalami urinary retention. dari pukul 7 hingga aku habis shift dia selalu rasa ingin pass urine tapi tidak dapat-dapat. kesian aku tengok. dia sampai tidak lalu nak makan nasi sebab keadaan dia. cuba fikir, kita rasa nak kencing tapi tidak keluar? susah hati kan?

emm..bila fkir balik, kenapa dia jadi macam tu? adakah ada kaitan dengan diagnosis dia iaitu Chronic Kidney Disease? aku kena balik cari ni..

Mula-mula, apa itu urinary retention??

Urinary retention is incomplete emptying of the bladder or cessation of urination; it may be acute or chronic. Causes include impaired bladder contractility, bladder outlet obstruction, detrusor-sphincter dyssynergia (lack of coordination between bladder contraction and sphincter relaxation), or a combination. Retention is most common among men, in whom prostate abnormalities or urethral strictures cause outlet obstruction. In either sex, retention may be due to drugs (particularly those with anticholinergic effects, including many OTC drugs), severe fecal impaction (which increases pressure on the bladder trigone), or neurogenic bladder in patients with diabetes, multiple sclerosis, Parkinson's disease, or prior pelvic surgery resulting in bladder denervation.

Urinary retention can cause urinary frequency and urge or overflow incontinence. It may cause abdominal distention and pain. When retention develops slowly, pain may be absent. Long-standing retention predisposes to UTI and can increase bladder pressure, causing obstructive uropathy (see Obstructive Uropathy).

Diagnosis

Diagnosis is obvious in patients who cannot void. In those who can void, diagnosis is by postvoid catheterization showing a residual urine volume > 100 mL. Other tests (eg, urinalysis, blood tests, ultrasonography, urodynamic testing, cystoscopy, cystography) are done based on clinical findings.

Treatment

  • Urethral catheterization and treatment of cause

Relief of acute urinary retention requires urethral catheterization. Subsequent treatment depends on cause. In men with benign prostatic hypertrophy, drugs (usually α-adrenergic blockers or 5α-reductase inhibitors) or surgery may help decrease bladder outlet resistance. No treatment is effective for impaired bladder contractility or a neurogenic bladder; intermittent self-catheterization or indwelling catheterization is usually required. Urinary diversion is a last resort.



wahhh...makin aku baca makin banyak aku nak tahu..dan yang aku lupa.


how many ml normal urination for patient per hour?
is ckd related to urinary retention?
what nursing intervention for urinary retention?
what complication may develop if i ignore the condition of patient have?


hemm....aku nk sambung baca...jumpa lagi!hehe

Tuesday, September 14, 2010

Bermadah?....

Aku suka sajak..terutamanya sajak yang dikarang dan didendangkan penyair Indonesia. Bahasanya amat puitis dan berseni.

Pernah tengok cerita "ADA APA DENGAN CINTA"?. Cerita ini adalah salah satu cerita terbaik dari Indonesia. Aku bukan suka menghayati kisah cinta di dalamnya. Tapi aku lebih suka menghayati keadaan kehidupan di Indonesia dan bagaimana sajak memainkan peranan dalam cerita ini..

Warnanya..jalan cerita nya..itu yang aku suka. Paling terpegun dan aku merasa meremang bulu roma bila melihat kedai buku yang dipenuhi buku-buku lama yang dikunjungi oleh si rambut kerinting. Terasa Ilmu itu wujud namun harus dicari.

Ceritanya..Seingat aku, sekolah mereka mengadakan pertandingan mencipta sajak. Dan lelaki itu (yang rambut kerinting tu) menang dalam pertandingan mengalahkan perempuan itu (dian kan?) dalam pertandingan sajak.

Bagi aku, HEBAT!...

Kenapa? Sajak di sana diangkat tinggi darjatkan seiring dengan hiburan-hiburan yang lain.

Pernah dengar sajak Tsunami yang mereka dendangkan??

Lagi mendayu..lagi sayu..namun, tetap terselit seribu macam kata semangat agar hati-hati disana bangkit menghadapi cabaran..

Aku kembali ke situasi di Malaysia..

Aku tidak berapa mengenali penyair Malaysia kecuali A. Samad Said dan sajak dari buku-buku komsas ku dulu..

Namun aku tetap menghargai jasa-jasa penulis sajak ini..Dengar sahaja sajak didendangkan di corong radio, aku akan perhati bait-baitnya..wahhh~syookkk..

Bagaimana aku boleh terpegun dengan keindahan SAJAK??

Aku haru berterima kasih kepada Puan Hajah Nashimah, Cikgu Sejarahku Form 2 merangkap PK HEM (Xsilap la) di Sekolah Menengah Tanjong Mas kerana minat nya pada sajak membuat aku amat meminatinya..hehehe.

Jika kelas Sejarah tanpa kisah dia dan sajaknya, aku rasa tidak lengkap hari itu..

Pernah sekali, waktu perhimpunan, seperti biasa, pabila aku melihat dia naik ingin memberi ucapan, mata aku terpaku terus dan ingin mendengar setiap kata-katanya dengan penuh minat.

Waktu itu, murid-murid yang mulai bising kepanasan..

Puan Hajah Nashimah masih berdiri tanpa kata..hanya melihat sahaja anak-anak didiknya dengan senyuman..hinggalah semua murid-murid berhenti bercakap dengan sendirinya..WOw...

Lalu katanya..."Cuba kita diam seketika, cuba kita hayati bunyi alam yang sungguh merdu..Cuba dengar bunyi burung yang berkicauan"

Sekali lagi aku terpaku....Sekolahku di waktu pagi adalah amat indah sekali..benar, bunyi burung mudah sahaja didengari...

Dan..semua murid juga terpaku dan diam...AMAZING~

Dari situlah..bermulanya suatu penghidupan baruku kepada sajak....

Walaupun sekarang aku tidak lagi menghayatinya namun masih tersimpan kemas dalam diriku minatku pada sajak..

P/S: Bermadah betul ayat aku kali ni???

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya

Hari Raya....sepatutnya adalah hari yang mengembirakan hati setiap insan yang telah berjaya melalui dugaan dan cabaran di bulan puasa.

Tapi aku?

Terasa hambar..tidak tenang..

Kenapa?

Tidak Tahu, adalah suatu jawapan yang digemari ramai.

Dan kali ini..aku telah memalukan diriku lagi

Entah mengapa, sukarnya kita untuk menghargai apa yang ada di depan mata

kenapa??

Kenapa setiap kata-kata kita boleh main-mainkan..

Sedangkan aku sentiasa beranggapan serius..

Apa salahku..

Moga Allah memberi petunjuk kepada dia...Moga Allah sentiasa membahagiakan dia..

Ameen..

Dan Aku???------------make a new chapter of my life~

Wednesday, September 8, 2010

Reunion lagi..

Fiuh..baru balik reunion..hahaha....mukaku sakit sebab dok asyik gelak je.macam2 perangai kawan2 aku nii..aih~rindunya..raso nyesal plop keluar skolah ni dlu (hehe..apa2 pon semuaNya ketentuanNya)

pkul 5.00pm- call ira, set tmpat nk ambik aku kt mana..oklah,depan masjid.mintak adik aku tunggu.tp bertuah punya adik, malas sebesar kelapa laut cap afrika, vrooommmmm....meninggalkan asap motor ke mukaku di masjid tu..tunggulah aku sorang2..adushhh~rasa juga malunya dengan orang lalu lalang. Ahh..pedulik.

pastu pergi ambik tasha (depan rumah puteri harapan), ambik yani (di dalam belukar..eh3, sori yani.haha). sempat beritahu tasha, "jalan rumah yani sama besar dengan tuan dia"..haha,kecik dan comey macam yani.

last skali, ambik irma kat apartment pelangi mall

suasana dalam kereta....

riuh rendah!hahahaaahahaha....sorang2 macam2 lawak ada

dan sampailah kami ke restoran tersebut (restoran atira xsilap,,,)

wah..big boss tgh sibuk nampak (aminazeri..haha)

sementara tunggu buka puasa, sambung sembang2 sekejap dan encik amin datang untuk bincang tentang penubuhan alumni...wahhh..kawan2 aku dah matured..dengan irma nya..ira lagi..hah sesuailah tu.hahaha..aku malas nk masuk campur..tp yang aku ingat katanya ada program bulan 12 ni..hemm..kita tunggguuuuuu~

"yani,jom prepare!nk buka puasa dah ni" aku bersuara.

"jom!!"yani yang sentiasa setuju dengan aku a.k.a xsabar macam aku juga terus ke meja untuk berbuka puasa..

wahh...aku jadi tukang bubuh nasi!hahahaa....dan azan kedengaran, kami makan dengan sopannyaaa...(ehem2)

makin lama ramai member lelaki sampai..wahhhh..semua nampak lain..hhaahahhaha..apih,mu koho tembam, mat jim plop xabih2 usik ira..hhahaa

selesai semua,ambik gambar sikit2 dan balik!eh..belum lagi.g wakaf che yeh dlu...haha

urghhhhhh....>_<....xsuka!orang ramai!kepalaku pusing~

ira!!cepat balik!!haha

dah..cukup.mau tido...salam

Blog hari ini

8 September 2010,Kota Bharu. Tiada kejadian yang aneh atau boleh diceritakan pada hari ini. Menurut penulis blog ini, Siti Nurhaliza...err bukan nama sebenar menceritakan bagaimana kisah hari ini seperti tidak bergerak dan menuju kearah belakang. Ekoran daripada kejadian itu, Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar lagi) berasa amat tertekan dan ingin menghantukkan kepalanya ke dinding sebanyak 1029292928272 kali. Namun, impiannya tidak kesampaian kerana dia asyik terlupa untuk mengira kali keberapa dia menghantukkan kepalanya..

Walau bagaimanapun...dia cuba untuk berbuat sesuatu agar hari ini sentiasa lebih baik dari semalam. Apakah itu????....tunggu dan lihat.

Sekarang.pkul 3.08 minit

Pkul 5 nanti Ira wani yang comey akan menjemput utk ke Reunion SMKTM. Aku ni..kerap juga muka reunion kan? OF COURSE..aku ada kt Kelantan. Aku mesti ambil semua opportunity ini untuk berjumpa kawan2 ku..kalau nak tunggu nanti kerja susah..tak tahu aku dapat kt mana.

Well..kurang2 aku ada alasan..hehehehhe...

pakaian: tshirt labuh, skirt labuh, selipar Line 7 kesayangan (berebut dengan Haida(lunarwolf) waktu mula2 beli hari tu..namun aku yang dapat!!!YEAAAYYYYY!!!)


Orait~Sambung Kemas Rumah

KAKAK: MAYUNI!!!!!!Mu g mano????

AKU: Tulis blog!!!

KAKAK: Bare mun wak tubik mun xsipe smula????

AKU: HOOOOO.....meta2!!!!

hehehe...itulah sketsa kehidupan Siti Nur......arghhhhh~bukan nama sebenar!

Tuesday, September 7, 2010

Misi..

Akanku updatekan blog aku setiap hari satu...(at least)...

InsyaAllah..akanku istiqamah~
Moga Allah permudahkan segala urusanku..ameen...

^^
apa2 ponn...selamat hari raya!!!!

ni gambor yang aku letak kat facebook....hehehehe~kad raya buatan sendiri deh.


Monday, September 6, 2010

POMMM!!!!!aku muncul kembali

Assalamualaikum..aku muncul kembali dalam blog aku..dah lama tinggal.terpaksa cuci habuk2 dan sawan2 yang melekat..jap eh,nk cuci..

sreeeeeettttttttttt(koyak layout lama)

pam!(tampal layout baru)

splashhhh!!!(baling cat kt dinding)

TARAAAA!!!!!!!!!!!.....HAHAHAHAHA(GILO APO?)

wokeh....aku mulakan dengan Bismillah~

Ramadhan sudah berlalu....aku terasa sikit sekali amalan aku...aduiiiii~baru terasa cepatnya masa berlalu...(tu la baru nk menyesal)

xpo...ado lagi ni poso...aku keno cpt2 mengumpul sisa baki malam2 terakhir ni.

dannnn.....persiapan raya!

kakakku pulang~

huhuhuhu....jaga anak dia yang sememangnya comel xingt.

waaaaaaaawaaaaaaaaaaawaaaaaaa(bunyi anak sedaraku menangis)

buka laptop,buka pocoyo!!!!....terus diam dan mata terpaku depan laptop...wahhhh!!!terbaik~


hahaha...nk g kemas rmh.kalo x kakakku yang cun akan mula bising!Salam..

Tuesday, May 11, 2010

Kehidupan selepas cuti...

Kehidupan selepas cuti..Is it the beginning a new era of my life??
Absolutely not!!
Oh my, what am I doing?where my planning?where my obejctive?(in searching for my diary of planner of the year!)
Adushhhhhh....

"Tok Buat Gapo Lagi Letih Dari Ado Bendo Nok Buat"~Siti Maryuni,2010

Sebenarnya..byk benda nk buat,tp dok main slow and steady.

Ayah balik dari kerja:

~Jangan buat kerja bertangguh, nanti last minit jadi kusut! (Ayah,2010)

DUPPPPP!

Betul jgk!thanks abah,even masa abh ckp tu aku buat muka dunno dan mendiamkan diri, tp aku berfikir.(fikir dan zikir, Yahoo.Group,2009-2010)

So,aku keep on searching for my journal of research..

Aku ingin buat mengenai elderly..

But still finding the tajuk.

1.Elder respect among young adult?
2. student perception on alder abuse?
3. family/caregiver perception among elder abuse?

***kesimpulan, buat kerja jgn tangguh, terus buat bila ingat, kalo xingat, TERUS masuk dalam perancangan nak buat bila.

***Betulkan hati, niat, akal, perasaan, fikiran!

***Fikirkan Allah akan sentiasa tolong hambanya yang IKHLAS>>jadi bagtau kat diri:

1. Allah akan bantu
2. Allah akan bantu
3. Allah akan bantu

*** Satu lagi, bgtau kt diri, kalo boleh ckp pn xpe:

1. Sabar
2.Sabar
3.Sabar


Okey,nak sambung proses pencarian..........

Saturday, May 1, 2010

Pentarbiahan diri yang sentiasa berterusan..

Pentarbiahan diri aku akan sentiasa berterusan.Aku tidak ingin ia berhenti.Kecuali Allah mencabut nyawa aku.Aku sudak tidak mahu kisah akan percakapan orang lain.Yang kadang2 terkandung pemujian(yang akan melalaikan) dan pemerlian(yang merudumkan semangat).


~Baru aku sedar aku bukan pandai sangat menulis. Tapi minat untuk menulis tetap ada. Untuk menyusun kata-kata indah memerlukan pengamatan dan pemikiran yang betul2 telus.(Aku kata begini tiba-tiba sebab waktu ni aku ingin bercakap bahasa mudah)

~Aku tidak pandai berkomunikasi dengan baik. Orang akan terasa hati bila aku bercakap. Dan bila dibalas pada aku balik dengan kemarahan, aku pula yang nak marah. Dan 'cycle' itu berterusan.>>Aku cuba nak berubah, tapi2 disebabkan tidak istiqamah..'cycle' itu berterusan lagi.

++++Seperti homeostasis dalam badan..badan cuba nak kekalkan kehomestasisan dalam diri kita. PANAS???? badan akan SEJUKkan.LAPAR????otak hantar maklumat dan sampai kat perut,mulut kering.(Nak lagi?bukak buku biologi form 5)


++Sama juga dengan rohaniah. Bila kita lari dari fitrah, roh akan menghomeostasiskan balik dengan menghadirkan perasaan (Dengan izin Allah) Tidak tenang, bersalah.

~Maafkan aku kawan-kawan dan sahabat-sahabat. Aku tidak mampu memahami kalian.

SIAPA MENINGGALKAN..

1-ckp blebihn,dberi kbjaksanaan.

2-pdgn blebihn,dberi kkhusyukn hati.

3-makan blbihn,dberi klazatan bribadah.

4-ktawa blebihn,dberi khebatan di dlm dirinya.

5-gurauan,dberi keindahn budi bhsanya.

6-cinta dunia,dberi cinta kpd akhirat.

7-kesibukn hitung aib org,dberi ksempatn mperbaiki dirinya... sndiri.

8-drpd mnyelidik bgmana keadaan Allah SWT,dberi kslmtn dr org munafik."

-Saidina Umar r.a



Kesimpulannya...Aku nak ikut seperti kata2 Saidina Umar diatas! Siapa berani tentang?????

Aku nak buat jugak!

Wednesday, February 10, 2010

Tarbiah diri........

Proses pentarbiahan diri bermula..dimulakan dengan memperbanyakkan bacaan2 ilmiah.
Maka tertujulah aku ke library Hamdan Tahir ni.
Dijumpailah 2 biji buku yang mampu menimbulkan minat aku untuk membaca!(InsyaAllah)

  1. Seteguh Fikrah Soleha (Aminah Mokhtar)
  2. Rindu Andalusia (Radwa Ashour)
InsyaAllah dpt habiskan sebelum cuti.............

Tuesday, January 19, 2010

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku...

Pelbagai dugaan datang menjengah, berapi-rapi menghulurkan halwanya yang panas..menyengat perasaan yang lalai terhadap Allah. Lalu diri menjadi rebah kembali.Rebah di sujudnya...menghadapMu YA ALLAH...