Tuesday, January 19, 2010

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku...

Pelbagai dugaan datang menjengah, berapi-rapi menghulurkan halwanya yang panas..menyengat perasaan yang lalai terhadap Allah. Lalu diri menjadi rebah kembali.Rebah di sujudnya...menghadapMu YA ALLAH...

Wednesday, November 18, 2009

Tajuk research

Hummm..

aku buntu

bagaimana ingin kutemu tajuk ini..

research..

haduuuu..

datanglah.

Menambah pendapatan

Bajet punya bajet....
Tolak kembara aku.
Tolak urusan kesibukan nak daftar sem.

Aku ada 19 hari sahaja cuti!
Tapi aku mahu kerja.
Kerja+halal+manfaat kepada orang lain+manfaat pada diri aku= keredhaan Allah(?) + rezeki.

Tapi..kerja apa??

Baik..
senaraikan.
  • Terfikir..nursery kat usm nk pakai orang tak.disamping aku jaga budak2, boleh aku belajar jaga budak.(nanti sem depan belajar paedatrik.mungkin berguna?)
  • Dulu ayah aku ada cadang aku ngajar taska..tapi bila ditanya tentang gaji katanya buat secara ikhlas.-terus aku menolak(tapi bila fikir balik rezeki dari Allah kan?)

HAh!

tu je?

Alamak..

kena cari lagi.

Tuesday, November 17, 2009

Am I a good listener?

Kadang-kadang pernah terfikir,aku ni pendengar yang baik kah? Kerana pabila aku excited ingin menceritakan tentang hal aku, aku sudah lupa akan rule yang paling utama sewaktu bercakap..

Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain.

Tetapi,aku cuba juga buat sedemikian rupa. Aku tunggu sehingga orang lain habis bercakap.
Dan...Puff!apa ingin aku cakap dah lupa.jadi aku mengambil tindakan "jika aku ingat aku terus cakap"..Namun, bila fikir balik,mungkin apa yang ingin aku cakap itu tidak penting sehingga aku terlupa.Jadi..

Amalkan prinsip lama..

Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain..

Hem..sebagai seorang yang terasa dirinya bagus,suka aku ingin menceritakan tentang orang-orang yang aku suka berbual dengannya..

  1. Edot-aku letak edot di tangga teratas.seorang pendengar dan pencerita yang baik.memberi input yang baik setiap perkataannya diselangi dengan nada-nada yang lucu.walaupun tidak bersetuju dengan pendapat kita namun mampu memberi sebab yang baik akan setiap pendapat yang diberikan..
  2. . Aimi-hehe..aimi.aku suka bercakap dengan Aimi.Tapi depend on keadaan dia la.kalau dia tengah berserabut ke kusut ke baik jangan kaco.haha..Tapi,90% nya dia akan mendengar dengan baik.Aimi suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.LOVE IT!aku paling suka dengar perkara baru.dari Aimi aku tahu perkara-perkara baru.Mampu mempamerkan memek muka yang baik waktu bercakap.Dan mengefek aku jugak untuk memberi memek muka yang baik.A really good listener.kalo aku dh xjmpa dia rasanya aku akan rindui orang yang suka mendengar aku bercakap(HU3)..
  3. Haida-Haida memang lucu,periang,kreatif dengan nada suara yang luar biasa(haha...bukan pelik macam makhluk asing tu tidakla tapi aku pernah beritahunya yang aku suka dengar dia punya nada waktu 1st year dulu).But somehow, she had a really good interpersonal skill. Semua dia boleh masuk.Kagum aku!
  4. Dayah-dayah ialah member yang satu kepala dalam akademik.haha..ada maknanya tu.dia yang tolong ingatkan tentang kelas,assigment,meeting..apa2 je lah.Fuh,memang takdir bertemu dengan dia.tapi kadang2 garang gak(haha..aku xgarang ke?).Dia suka cerita jugak tentang famili dia.Setiap cerita aku mesti dia akan ada cerita yang sama jugak untuk diceritakan(eh,kita dok sekampung ke dayah?)
  5. Pah-Wah..pah,exrumateku..kaki gadoh dengan aku waktu dalam bilik dulu.haha..apa-apa pun gadoh sayang je.suka dia.suka dia membalas apa jua yang aku cakap.rasa macam diri kita penting dan disayangi(Oh,tidak!).suka tegur aku.suka kejut aku.Nilah satu2nya orang yang mampu kejut aku dari tido.haha...Kalo berbincang pasal akademik,dia ada buah idea dia dan aku ada buah fikiran aku.dan yang paling suka sekali bila dia mudah mempamerkan reaksinya dengan baik.bila terkejut ke..gembira ke..memang dipamerkan.dia juga pandai menyelami sifat-sifat orang lain dan tidak segan meluahkannya..keep up a good work pah.
Setakat itu je lah..esok exam!alamak..sempat lagi aku rupanya..

Saturday, November 14, 2009

KEMBARA...

Alhamdulillah..
Aku berpeluang kembara..
mencari nilai diri..mencari makna Islam dalam perjuangan..
Selalunya terperap di bumi Kelantan..
Orang Kata:

"Dahla dok kt kelate,belaja pon kelate,sedak uh"

Namun pabila terlalu lama masa itu berlalu dalam keadaan tiada perubahan atau jumud,
membuatkan diri meronta-ronta ingin menerokai alam yang diciptakan Allah nan luas ini..
Membawa kepada diriku di puncak Gunung Ayam pada penghujung tahun 2008..
Namun..ditentang hebat oleh ayahku di atas pemergian ku ke puncak alam itu..
Lalu sebagai menurut perintah,aku memberi "pencen" kepada aktiviti yang paling kuminati itu..
Tapi...

Aku teringat akan perbualanku dengan seorang pemuda yang menjadi jurupandu.(dengan Hafzan Sarah sekali)

Berkisar tentang pekerjaannya itu..
Apakah tidak terfikir akan dunia luar?
Apa yang akan berlaku..
Aku bingung.
Kerana aku tidak berada di tempatnya..

Namun jawabnya..(dia bekas penuntut IKBM..dalam usia 21 mungkin,lupa dah)

Lelaki itu(lupa nama): Saya sudah mendapat kepuasan yang dicari..saya merasakan alam ini semua kawan-kawan saya..dan jika boleh tidak ingin keluar dari sini..

Itu adalah sedikit sebanyak yang masih kuingat..

Aku tercengang mendengarnya..
mendengar melalui telingaku sendiri akan pengakuan lelaki itu..

Namun jauh di sudut hatiku,
apakah sebenarnya nilai hidup ini?
bila sudah jumpa akan kepuasan diri..so, that's IT??

hanya itu sahajakah?
Dalaman ku tidak bersetuju..
Bagaimana dengan tanggungjawab?
pada Allah
Rasulullah..
Ibu Bapa?
Masyarakat??

Apa sumbangan kita??

Ceritanya habis di situ..

Lelaki itu pun seperti tidak ingin menyambung katanya pabila melihatku tercengang begitu lama.

Sambung cerita pada kembaraku...

Untuk lebih memahami telah kurangka serba sedikit petanya..


Perhentian ku yang akhir ialah KULAI..di rumah kakak ku
yang baru melahirkan anaknya..

Moga-moga Kau selamatkanlah perjalanan pergi dan balikku Ya Allah..

P/S: akanku catat setiap laporan perjalananku nanti..InsyaAllah..

Mencari keredhaan dalam beribadat??

Hem..
Entah mengapa.
Terkenang dosa perbuatan lama..
Pernah juga dengar,


"Lupakan perkara lama tapi fikir apa yang akan dibuat untuk kemudian hari"

Lalu..
Aku cuba untuk membuat percaturan sendiri..
Dimana..
Apakah tahap ibadah ku mencukupi untuk melawan tahap kemaksiatan yang dilakukan..
Bagiku..
Dengan beribadah dan diselangi dengan beberapa perkara lain..
Mampu untuk melawan kemaksiatan..
Ini dia.....
Setiap orang ada pandangan masing-masing kan?
Tapi akan ku mantapkan ibadah ku dengan sepenuh hati.
Aminn