Hati....
bila begini dewasa baharulah aku mulai terasa akan betapa susahnya hendak mengawal hati..seperti sabda nabi, sememangnya hati mengawal seluruh anggota..
masa kecik2 dulu, tidak pernah hirau pun akan hati. yang selalu terasa hati adalah ibu bapa yang selalu pening dengan tingkah laku yang nakal sewaktu kecil.
bila dah dewasa ni,baru faham akan istilah sakit hati, terasa hati, suka hati, hati batu, keras hati, lembut hati. semuanya hati. aku cuba untuk mengawal hatiku agar jangan lari dari batasan yang telah ditetapkan. batasan untuk menjadi perempuan yang mempunyai hati yang murni..
ubat hati adalah mengabdikan diri kepada Allah..hati akan jadi tenang..aman..damai..
kadang2, bila terlampau marah sangat dengan kebodohan diri sendiri, kerana selalu membuat kesilapan, aku selalu menyalahkan hati.
- kenapa kau tak nak jadi baik wahai hati?
- kenapa kau tak nak jadi lembut wahai hati?
- kenapa kau bersikap ego wahai hati?
- kenapa kau sukar menerima pendapat orang lain wahai hati?
persoalan2 begini membuatkan aku sekejap lupa akan nikmat hati yang Allah berikan. Astarfirullah...
- tanpa hati,bagaimana aku mahu berkasih sayang?
- tanpa hati, bagaimana aku mahu jadi orang yang baik?
oleh itu apa yang perlu aku buat ialah mengawal hati dengan lebih baik lagi..Allah suka pada hambaNya yang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. jadi aku mesti terus usaha lagi tanpa putus asa, doa banyak2 lagi...InsyaAllah......