Sunday, July 24, 2011

Suatu Hari di taklimat case-mix pula!!

"Sebenarnya buat kat mana ni?", getus hati kecil ku.
"Rasanya dalam email aku tengok pagi tadi di dewan persidangan", sebenarnya aku cuma tengok sekilas sahaja di ruangan tempat yang diadakan taklimat case-mix. Lewat lagi la aku hari ini. Yuni! Where is your time management??

Sedang aku menaiki tangga, terasa seperti aura yang kurang menyenangkan di belakang aku. Yes! I really can feel it!. Bunyi tapakan kasut yang seperti pernah kedengaran, aku berpusing jua ke belakang.

"Oh...Puan *****..apa khabar?", aku menyapa sekadar untuk menegur dan menghormati beliau.

Sekilas wajahnya ingin tersenyum. Tapi, dia bukan seorang yang menyembunyikan perasaan. Terus ditampilkan wajahnya yang mempunyai cahaya kebencian ke arahku. Aku hanya mampu membalas dengan senyuman jua.

"Yuni..I think I need to talk to you regarding this." Suaranya yang menekan mampu menyentap adrenaline ku dan meningkatkan kadar denyutan jantung ku.

"Ya, Puan." Yes. I will always ready when I want to talk to somebody, but to her, I feel wanna shut my mouth and run away.

Sebenarnya, aku adalah di antara top student yang dia list down (and i saw that list) semasa practical time. Tetapi, situasi aku sekarang aku lari dari bidang yang dia ingin aku ceburi.

Kekadang, aku suka ikut gerak hati. Tidak tahu mengapa, aku seperti terasa seronok kerana aku akan cuba meneroka bidang baru. Sebenarnya ia tidak lari dari yang lama. Aku pernah juga belajar bidang yang baru ini sebagai elektif dari bidang yang lama.

Aku seorang yang suka untuk meneroka perkara baru. Aku bukan seorang yang hanya stick to one own principal. I like to think out of the box!

Perbincangan aku agak serius. Aku ingin terus menamatkan perbualan dengannya. As finish, I just walk fast to the place that I'm going to. Hatiku mula berkecamuk dengan kata-katanya. Masih terbayang lagi di fikiranku apabila aku meminta cuti darinya untuk mengambil ujian JPJ. Sangat sadis. Dengan keadaan aku yang penat selepas berada di wad, masuk je bilik dia terus sahaja kena. Dibandingkan pula pointer aku yang tidak seberapa itu.

Masuk ke dalam dewan persidangan. Aku duduk. Cuba beristirfar dalam hati. Terasa ingin menangis. Namun ditahan. Aku mengambil pen dan buku tulis dari beg. Kutulis semua luahan hatiku. Biar keluar semua perkataan yang aku pendam. Ya Allah..bantu lah hambaMu ini. Aku amat lemah sekali. Walaupun hanya berhadapan dengan manusia.

Aku hanya mendengar penerangan tentang case-mix dengan separuh hati. Duhai hati, mengapa sukar untuk aku lupa apa orang katakan tentang aku?

Aku mengerling ke sebelah kanan aku. Seorang perempuan awal 30-an. Berkaca mata. Aku cuma tersenyum ke arahnya.

"Puan berada di jabatan mana?". Aku memulakan perbualan.

" Saya dari PPSK".

Ye ke? macam tak pernah nampak pun. Getus hatiku.

"Puan ni lecturer ke? Bidang mana?". Aku bertanya lagi. Berminat.

" Saya lecturer untuk kos baru, History of Medicine". Tuturnya, sopan sekali. Aku senang melihat wajahnya.

"OH..kiranya doktor lah ni". Aku membalas. "Jadi bagaimana berminat untuk join PPSK?". Entah kenapa ringan je mulut aku ingin tahu apa yang dia lakukan sekarang.

Setelah perbualan yang sekejap rupanya dia seperti aku sebenarnya. Dia asal dari syariah!..kemudian master dalam Usuluddin! lagi jauh kan?..Dengan tiba-tiba dia masuk dalam Sains Kesihatan.

Sempat juga dia nasihatkan aku, "Jangan dengar kata-kata manusia, dengar kata-kata ALLAH"..

Subhanaallah..tanpa disangka, aku seolah-olah dapat menghilangkan kerusingan hatiku dengan kata-kata dan semangat dari nya..

Aku ingin bangkit. Aku ingin terus berdampingan dengan Allah. Aku akan menjadi kuat.

INSYAALLAH..

No comments: