Thursday, July 14, 2011

Suatu hari di bengkel statistik

Kaki melangkah dengan laju menaiki tangga di pusat pengajian sains perubatan. Menuju ke DK3. Hela nafas yang kuat mulai kedengaran. Kulihat waktu di telefon bimbit. Alamak!..dah pkul 9.30pg!...sure dh penuh ni!..getus hati. Sebab bengkel statistik bermula pukul 9 pagi. Hari ini adalah hari yang ke tiga. Punca aku hadir pada hari ini adalah berkaitan dengan seorang yang sangat baik hati iaitu Puan Intan yang secara tiba-tiba menelefonku bertanyakan aku samada ingin kah aku menghadiri bengkel statistik yang sepatutnya dia hadiri tapi dia ada hal lain. Pada aku, Alhamdulillah...rahmat Tuhan yang tidak terhingga, rezekiNya melimpah ruah. Aku terus bersetuju. RM50 ringgit sudah dibayarnya bagi pihak aku tanpa perlu dipulangkan. Subhanallah...

Sampai sahaja aku di bahagian atas sekali dewan kuliah (kerana aku menggunakan pintu belakang)..aku berhenti sekejap. Menyedut oksigen dengan sebanyak mungkin. Pintu di buka..Tepat!..memang penuh dewan. Aku terduduk di belakang sekali. Menyeka peluh yang menitik di dahi. Macamana ni?..kerusi belakang sekali yang tiada bermeja memang amat payah untuk aku mendengar kuliang bengkel dengan teliti. Kubertanya pada seorang wanita akan ruang kosong disebelahnya..."Maaf, ada orang dik"..aku duduk lagi..Bangun lagi,dan bertanya pada Chinese seorang..oh, dia Dr ward surgeri..tempat itu pun untuk kawan dia juga..Aku cuma duduk di belakang seolah-olah pasrah..belakang pun belakanglah..taktala aku ingin mengeluarkan nota kuliah, bahuku disentuh. Oh,Dr tadi!.."adik..bolehlah duduk di situ.kawan saya mungkin tidak jadi datang" Alhamdulillah kupanjatkan syukur padaMu ya Allah...

Terus aku duduk di sebelahnya..dan mulan sesi pembelajaran tentang statistik.. Banyak yang aku lebih faham berbanding aku belajar dahulu..moga ilmu ini lebih lekat di kepala ku untuk aku menjadi seorang researcher yang berjaya..Ameenn

No comments: