Hari ni, 3hb 3 2009. Aku melakukan praktikal kejururawatan di 1 Berlian. Bilik Bersalin...
Sayu di hati terdengar akan tangisan bayi yang bergema di bilik bersalik..lebih menyayat hati, kehadiran bayi itu tanpa diiqamatkan lagi. kerana...lahirnya tanpa dipinta, lahirnya tidak diduga, kemunculannya adalah daripada suatu kesilapan..Oh Tuhan, aku bersyukur akan nikmat yang Kau berikan kepadaku..lahirnya aku beribu dan...berBAPA...
saat kenampakan ubun2nya...dalam hatiku seolah2 menjerit, 'Aku benci kau duhai lelaki'..apakah dosanya bayi ini? apakah bayaran yang dapat kau ganti pada setiap saat kesakitan ibu kepada bayi ini saat2 melahirkannya? dimanakah engkau?
Namun, aku sedar.aku bukan Tuhan yang bisa tahu tentang hati hamba2nya..aku tidak berhak untuk mencemuh dan mngkeji kaum adam..kerana aku kaum hawa mempunyai kelemahan jua.
Duhai aku dan kaum hawa sekalian, sedarlah betapa Allah Maha penyayang...diberi peringatan kepada kita agar menjaga diri kita sendiri dan menjga maruah kita..diberi Al-Quran sebagai petunjuk, diberi sifat malu sebagai benteng pertahanan diri, diberi tudung untuk dilabuhkan diberi baju untuk dilonggarkan di tubuh. semuanya kerana apa? kerana Allah sayang kan kita....dan kita??