Thursday, November 20, 2008

Nikmat nyawa....

Aku bukan siapa-siapa..
Aku bukan manusia yang tahu mengarang..Aku hanya insan yang mempunyai hati yang sentiasa penuh dengan bolak dan balik dalam segala macam jenis hal. Tapi ingin sekali aku tulis akan satu nikmat yang Allah telah berikan yang selalu aku lupakan.Nikmat nyawa......

sekiranya aku sentiasa ingat akan nikmat nyawa,kenapa aku harus bersedih lagi akan segala hal senantiasa datang dan pergi dalam hidupku?

sekiranya aku masih bernyawa,kenapa aku perlu sedih dengan kegagalan,kehilangan ataupun kerugian?

bukan kita masih bernyawa?

sekiranya nikmat ini ditarik balik.......jawabnya ialah MATI.

jadi kenapa aku perlu persiakan nyawa yang diberikan Tuhan semata-mata dengan kesedihan yang dialami.

take another step, and move further.....

No comments: