Saturday, January 24, 2009

Sireh pulang ke ganggang...

cuti raya cina + cuti mid term bermula...



hampir semua member-member aku dah balik.maka, tinggallah aku kesepian di lembah usm ini (sebenarnya memang selalu macam ni pun)..


persoalannya sekarang,bila lagi aku hendak balik ni?


beberapa soalan sentiasa bermain di bibir student usm ini apabila esok atau lusa bermulanya cuti.antaranya ialah:



  • balik bila?

  • balik esok ke?

  • bas pukul berapa?(maaf, soalan ini sememangnya tak akan diajukan oleh member-member rapatku)

dan pelbagai jawapan yang aku berikan...



  • time jiwa tenang, setenang air jus buah kat cafe nurani(yum3...sedapnya,terutama jus carrot.fuu)
    InsyaAllah..mungkin esok petang ini atau esok..

  • time jiwa nak usik orang
    tunggu semua budak usm balik dulu,nanti boleh aku tolong tengok2 kan usm ni..ganti pak gad(maaf ejaan kurang memuaskan)

  • time jiwa sibuk(sebab waktu tu banyak benda nak kena fikir)
    tak tahutengoklah dulu kot nanti abah telefon
    tunggu kemas barang-barang dulu

apa-apa pun..pulanglah masing2 ke kampung masing2 seperti sireh pulang ke ganggang(masa tu darjah 5 tak silap baru tahu peribahasa ni)


jumpa dengan emak dan ayah.


emak yang mengandungkan kita selama sembilan bulan(depends pada emak dia).


ayah yang bersama-sama menjaga kita ketika kat dalam perut mak(tolong cari makanan sbb mak mengidam)


emak yang bisa mengalami muntah2 dan pening2 pada trimester pertama(disebabkan oleh peningkatan hormon HCG)


ayah yang turut sama pening kepala tgk mak dok muntah2


emak yang bisa menanggung pertambahan berat sebanyak 13-14kg kat badan dia


ayah dok serabut kepala memikirkan samada perlu cari bini baru ke tak..sebab tgk badan mak tak se slim dulu(hihi..gurau aje)


emak yang bisa menghadapi kerenah2 kita sejak kecil...


ayah yang senantiasa melindungi kita...

Alhamdulillah atas nikmat kasih sayang ibu dan ayah yang Allah kurniakan

Masalah daya ingatan??



Kalaulah otak kita tu macam komponen eletrik kat papan litar elektronik tu,mesti senang kan nak tahu kawasan mana yang rosak, bolehlah buang bahagian mana memori yang dirasakan tak perlu dan tambah mana-mana yang kita nak.




tapi hakikatnya Allah ciptakan otak aku ini mesti ada asbab yang jelas,nyata dan berguna untuk tiap-tiap sesuatu.namun, tiada manusia yang benar-benar sempurna..




apa bezanya manusia yang kurang sempurna dengan manusia yang tidak normal?




aku bukan mengatakan diriku tidak normal..malah aku akui diriku sememangnya kurang sempurna, tetapi bagaimana bentuk kurang sempurna yang aku alami?aku sudah jenuh mencari punca kelemahan yang aku alami ini supaya mudah aku perbaiki dan membentuk kesempurnaan diri.




seperti juga papan litar tadi,jika xdikesan kawasan mana yang rosak,macamana kita dapat baiki kan?



Tapi....masih tak jumpa,dan masalah terus berterusan berlaku..




minggu lepas handphone aku tercicir..


tadi kertas yang diamanahkan oleh kawan aku tercicir..


pernah juga dompet ak tercicir...


Ke aku ada masalah mental?lemah daya ingatan?Wallahualam..........

Tuesday, January 20, 2009

setiap hari kita belajar.kita belajar tentang semua perkara.dari aspek luaran dan dalaman,akademik mahupun bukan akademik..bukankah ilmu itu hanya datang pada hati yang bersih sifatnya?aku cuba untuk menjadi si lembah yang rendah supaya aku mudah untuk mendapat sebarang ilmu bagi memperkuatkan kaki melangkah ke jalan yang lurus.

"Hanya lembah yang rendah bisa menangkung air,berbanding gunung yang tinggi yang tidak punyai air"


namun pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi demi mencapai tujuan itu..membuat aku letih..letih dengan ketidakupayaan diri melawan segala kebenjatan alam..Astarfirullahhhh.