Wednesday, April 29, 2009

Perubahan?

Assalamualaikum wahai blogku,teman pendengar setia akan luahan kata-kataku tanpa sebarang bantahan dan tohmahan...

Sakit kepala,penat,sakit sendi(sikit2),rasa nak demam..aku bru lepas habis exam yang terakhir bagi tahun 2 aku disini.Sem depan dah tahun tiga(Oh,Tuhan begitu cepat masa berlalu).penat kerana meneran dan menekan otak ku ini agar mengeluarkan kuasa2 yang terpendam(macam naruto pulak) untuk menjawab exam( dengan bantuan Allah jua, InsyaAllah..)

Pun begitu..aku redha akan segala ketentuanNya yang memberi nikmat sakit padaku(kukatakan nikmat kerana ia adalah pengkafarah dosa2ku, InsyaAllah). Namun,redha tanpa ikhtiar tidak menjadi juga. Minum air masak banyak2, makan ubat,rehat dan lain2, itulah ikhtiar.

Baiklah, sebut mengenai ikhtiar, pernah tak sahabat2 berikhtiar untuk mendapat sesuatu, atau untuk menjadi sesuatu(secara fitrahnya, menjadi baik adalah fitrah,manusia bukan?). Aku baru sahaja selesai menghabiskan membaca 'tentang cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dengan bahasa karangan yang mudah, ia mampu menyuntik semangat dalam diriku(tak sure syringe brapa cc,nedlee aku ambik yang 19 lah.besar sikit).

Aku selalu ingin berubah menjadi yang lebih baik dari semalam,cuba jugak berusaha..namun memang susahkan?atau aku yang sengaja menyusahkan ia?Dalam buku itu ada sebut,kita tidak akan berubah kalau sekiranya kita tidak belajar dari apa kesalahan atau kelalaian yang ingin kita ubah.sebagai contoh, abu kemalangan sebanyak 5 kali.dia selalu terfikir kenapa dia sahaja yang selalu dilanggar dan melanggar orang lain?sememangnya sekiranya kita melihat dari sudut yang tersurat kita akan rasa dia yang malang. Namun,bukan begitu yang tersirat.Kita mestilah belajar dari tiap kesalahan dan kelalaian yang sering kita lakukan. Lagi sekali, bukan mudah kan?Pernah juga aku terbaca blog Ustaz Hasrizal, dia ada menyatakan pandangan tentang perkara ini. Apa yang membuatkan kita tidak ingin berubah dan tidak mahu berubah? kalau soalan itu ditujukan kepadaku khususnya, mungkin aku akan jawab,'nak buat macamana,memang saya dididik begini,atau sudah takdir untuk aku jadi begini,atau ini memang diriku,kenapa hendak berubah?' itu adalah kemungkinan jawaban yang akan aku berikan. Dan bila aku baca lagi penjelasannya,barulah aku mengerti yang aku telah menyekat diriku untuk berubah dengan berfikiran sedemikian rupa. Kita seolah-olah dengan sendiri mewujudkan 'gap' itu dalam diri kita.Kenapa nak salahkan orang lain kan? Sekiranya aku membuang semua tanggapan itu dan memulakan hari baru dengan setiap perubahan yang baru(yakni perubahan yang baik dan mengikut syariat),InsyaAllah aku boleh berubah.

MUST ALLOW MYSELF TO BE CHANGES!!!

Friday, April 17, 2009

Trima Kasih duhai sahabat..

Salam wahai blog ku yang sudah usang akibat dah berkurun lama tidak disentuh.(hehe...takde lah sampai berkurun lama). Pertama kali aku nak seberapa perkara di sini:
  • Diatas perasmian pembukaan blogku untuk tatapan umum(bajet blog bagus sgt...), aku ingin ucapkan selamat menjamu mata kalian semua untuk membaca blog yang teramat puitis ni(bila aku baca balik,aku pun malu nak tgk lama2.haha).tapi apa2 pn,silalah komen dgn setulus hati kalian..
  • Untuk sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong aku supaya aku memberitahu alamat blog aku(terutama cik pah-penghuni katil atasku)..nah,ambik blog ni.nk sgt...(hehehe...maaf ayat terlalu lembut)
  • Dan untuk sahabat2 yang lain...
-aimi(rakan seperjuangan dalam pencarian blog aku merangkap rumate aku yg super perfectionist)haha....rilek2
-kuzi(tima ksh sbb sudi bg pinjam mangkuk dan sudu.hehe..merangkap rumate yg amat meminati bergambar dgn muka bajet cun(memang cun pn..huk3)
-dayah(trima ksh sebab sudi jemput aku pagi2.hu3...besar jasa neh)
-haida(tima kasih sebab sudi mendisaster kan bilik ni di saat kehadiranmu..haha,gurau haida.tq sebab sudi menceriakn bilik ni)
-sik fung(trima kasih fung sebab sanggup tengok blog yang tak seberapa ini..hu3)

Okey....moga kita semua berjaya!!salam.....