"waaaa....nk jadi budak2 lagi!!!~...xcukup masa lagi!!!"---hatiku bermonolog!
Apakan daya. Hidup perlu diteruskan jua. Hidup perlu seiring dengan masa, jika tidak masa akan melambai mengucapkan selamat tinggal dan kita masih terpinga-pinga.
Ketika itu, kita akan menjadi orang yang kalah! Kalah dengan MASA. Surah Al-Asr..menyedarkan kita, betapa Allah telah berpesan bahawa orang tidak menjaga masa ini adalah orang yang dalam kerugian. Subhanallah, pesanan direct dari Allah untuk makhluk Nya.
PUTUS ASA bukan caranya, bagi yang merasa diri telah KALAH.
Tetapi pembaikian diri harus bermula sedikit demi sedikit. Bukan secara total dan cepat. Tapi dengan sedikit dan konsisten. Agar ia menjadi Istiqamah.
Habis mukaddimah!~..^^
Ini tips yang diambil dari blog yang aku suka.
Berikut adalah tip-tip ringkas yang sering dipandang mudah tapi berguna untuk meningkatkan kualiti pengurusan rumahtangga kita.
1. Ketika menyelak buku ketika membaca, jangan selak dengan kasar. Cuma pegang sedikit di bahagian atas bucu sebelah kanan dan selak perlahan.perlahan. Tetapi jika anda sedang membaca komik jepun, anda perlu selak dari bahagian atas bucu sebelah kiri.
2. Jangan membasuh baju di mesin basuh melebihi had berat. Dikhuatiri motor cepat rosak.
Had berat pula dikira meliputi kandungan baju dan air. Jadi elok memasukkan baju kotor setakat separuh penuh sahaja ke dalam mesin dan bukan sepenuh2nya
3. Jika ingin mengubah kedudukan perabot yang mempunyai kaki,( e.g.: almari, meja makan dan kerusi) pastikan perabot tersebut diangkat. Bukannya diseret. Nanti kaki perabot rosak dan lantai pula ada kesan calar.
4. Jangan merendam mop di dalam baldi. Nanti batang mop cepat mengembang, reput dan patah.
5. Sentiasa mengelap dapur gas selepas memasak. Jika tidak diamalkan, lama-kelamaan kesan minyak ketika memasak akan menebal, seterusnya melekit dan menjadi kecoklatan, kemudian ianya akan menjadi keras dan semakin sukar dibersihkan. Perlu pula melabur sejumlah wang untuk membeli pencuci kotoran yang special.
6. Sediakan span yang sederhana keras di sinki dapur. Pastikan setiap hari anda memberus sinki menggunakan span tersebut. Jika tidak diamalkan, sinki akan mula berdaki dan menjadi kehitaman. Tak perlu ambil masa yang lama. Boleh curi-curi memberus sinki ketika sedang membasuh pinggan.
7. Dua atau tiga bulan sekali (bergantung kepada keadaan peti sejuk), peti sejuk hendaklah dikemas. Para di dalam peti sejuk dikeluarkan dan dibasuh. Tempat simpan sayur juga perlu dibasuh. Defrost peti sejuk. Lap bahagian yang sukar dicapai. Sesiapa yang berminat, bolehlah mengemas peti sejuk seminggu sekali. Untuk mereka yang beranak ramai, wajar mengelap petiais sekurang2nya 2 minggu sekali kerana ia pasti sudah berdaki!
8. Basuh cadar, sarung bantal dan selimut seminggu atau dua minggu sekali supaya bilik sentiasa berbau segar. Boleh juga percikkan Johnsons baby cologne (sebab murah) ke fabric-fabrik berikut untuk kesan yang lebih theraupatic.
9. Penyapu jerami mestilah disangkut atau diterbalikkan apabila menyimpan. Jika tidak, jerami akan mengembang dan kesan menyapu tidak optimum
Ambil dari blog INI!~
http://mengemasrumah.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment