Tengah ralik melipat baju-baju, dalam kepala memproses berbagai-bagai buah fikiran(dalam mat salleh, thought)..dari sekecik2 perkara hingga ke perkara penting.
Teringat pula ibu ayahku..
Bagaimanakah keadaanya..
Dalam fkiran aku, alangkah indahnya jika satu perkara ini sentiasa dikekalkan ada...
Iaitu..
Suasana dalam kereta, ayah sebelah kanan,mak sebelah kiri(dari pandangan ak dok kt belakang)
Tapi aku sedar, semua itu tidak mungkin selama2nya ada..
Bagiku, itu adalah salah satu nikmat, aku bahagia akan suasana itu..
Yang tidak dapat dinikmati oleh anak2 yatim yg tidak pernah jumpa ibu dan ayahnya.
Ya Allah..aku tidak pernah bersyukur akan perkara ini..
Sekiranya abangku pulang ke rumah, beliau akan memandu kereta persona yg teramat disayanginya..adik beradik ku yg lain berebut ingin menaiki kereta tersebut...
Tapi aku?
Aku suka akan kereta ayahku
Walaupun tidak secantik kereta mercedes..
tidak secantik kereta perdana..
tidak secantik kereta persona..
Namun aku suka akan nikmat yang satu ini..
Melihat ayahku kanan dan ibuku kiri...
Subhanallah...
2 comments:
Betul yuni, yuni yang dekat pun terasa apalagi yang jauh macam fung. Walaupun cuma van buruk je yang kami ada, tapi the feeling I have when papa and mama was inside the car may be some of the best feelings we had in the world..It worth more than any car in the world, their love for us is priceless..
Yup betul tu Fung. love the phrase "their love for us is priceless"
Thanks Fung
Post a Comment