Tuesday, September 8, 2009

Kisah Puteri Cik Siti Maryuni bersama Maggi ajaib

Syahadan...
Maka bermulalah sebuah kisah berlakunya di Negeri Al Murniyun di hujung sempadan Afrika Barat Daya..
Seorang puteri beradu tenaga(eh, silap!beradu di singgahsana di Istana To To Seben)
Arakian beradunya itu umpama disumpah oleh Grandma Kebayan
Kerana tiadalah terbangun sehingga matahari hampir terbenam..

Tiba-tiba..

Dirinya dikejutkan akan tiada persiapan akan ia untuk berbuka puasa!walhal waktu itu merupakan bulan ramadhan di bumi Al Murniyun..

Maka,teramatlah muka akan ia pada dayang2 kerana tiada persiapan dilakukan utk berbuka puasa..dialognya:

Puteri: Dayang-dayang! mana kamu sekalian?Alangkah seronoknya kamu bermain hula hoop tanpa memperdulikan beta!

Dayang: Ampunkan kami puteri(dgn nada terketar2)..kami akan memasak secepat mungkin demi tuan puteri

Puteri:Sudah!tidak perlu..beta akan masak sendiri.huh!

Dayang2: Apa???Jeng3.....

Lalu dengan terbongkok2 dan sepenuh kudrat tenaganya, baginda puteri berjaya mencipta suatu resepi di bumi Al Murniyun..

Dengan Bantuan Puteri Azila...

Inilah Hasilnya..

Mee Ruski+Nasi Air MAGGI segera+air+sambal daging..

Puteri itu memakan dengan tenangnya tika berbuka puasa..

Dayang2 lega..

Namun disangkakan cerah hingga ke petang..

Tapi Ribut Petir berlaku lagi..

Puteri: Dayang!!!!!!!!!!Beta mahu NASIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian.....The End

1 comment:

Alexis Siik Fung said...

hhahahaha, gaponya yuni ni, sampai hati buli puteri aziela beta yang comei itu..