Tuesday, November 17, 2009

Am I a good listener?

Kadang-kadang pernah terfikir,aku ni pendengar yang baik kah? Kerana pabila aku excited ingin menceritakan tentang hal aku, aku sudah lupa akan rule yang paling utama sewaktu bercakap..

Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain.

Tetapi,aku cuba juga buat sedemikian rupa. Aku tunggu sehingga orang lain habis bercakap.
Dan...Puff!apa ingin aku cakap dah lupa.jadi aku mengambil tindakan "jika aku ingat aku terus cakap"..Namun, bila fikir balik,mungkin apa yang ingin aku cakap itu tidak penting sehingga aku terlupa.Jadi..

Amalkan prinsip lama..

Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain..

Hem..sebagai seorang yang terasa dirinya bagus,suka aku ingin menceritakan tentang orang-orang yang aku suka berbual dengannya..

  1. Edot-aku letak edot di tangga teratas.seorang pendengar dan pencerita yang baik.memberi input yang baik setiap perkataannya diselangi dengan nada-nada yang lucu.walaupun tidak bersetuju dengan pendapat kita namun mampu memberi sebab yang baik akan setiap pendapat yang diberikan..
  2. . Aimi-hehe..aimi.aku suka bercakap dengan Aimi.Tapi depend on keadaan dia la.kalau dia tengah berserabut ke kusut ke baik jangan kaco.haha..Tapi,90% nya dia akan mendengar dengan baik.Aimi suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.LOVE IT!aku paling suka dengar perkara baru.dari Aimi aku tahu perkara-perkara baru.Mampu mempamerkan memek muka yang baik waktu bercakap.Dan mengefek aku jugak untuk memberi memek muka yang baik.A really good listener.kalo aku dh xjmpa dia rasanya aku akan rindui orang yang suka mendengar aku bercakap(HU3)..
  3. Haida-Haida memang lucu,periang,kreatif dengan nada suara yang luar biasa(haha...bukan pelik macam makhluk asing tu tidakla tapi aku pernah beritahunya yang aku suka dengar dia punya nada waktu 1st year dulu).But somehow, she had a really good interpersonal skill. Semua dia boleh masuk.Kagum aku!
  4. Dayah-dayah ialah member yang satu kepala dalam akademik.haha..ada maknanya tu.dia yang tolong ingatkan tentang kelas,assigment,meeting..apa2 je lah.Fuh,memang takdir bertemu dengan dia.tapi kadang2 garang gak(haha..aku xgarang ke?).Dia suka cerita jugak tentang famili dia.Setiap cerita aku mesti dia akan ada cerita yang sama jugak untuk diceritakan(eh,kita dok sekampung ke dayah?)
  5. Pah-Wah..pah,exrumateku..kaki gadoh dengan aku waktu dalam bilik dulu.haha..apa-apa pun gadoh sayang je.suka dia.suka dia membalas apa jua yang aku cakap.rasa macam diri kita penting dan disayangi(Oh,tidak!).suka tegur aku.suka kejut aku.Nilah satu2nya orang yang mampu kejut aku dari tido.haha...Kalo berbincang pasal akademik,dia ada buah idea dia dan aku ada buah fikiran aku.dan yang paling suka sekali bila dia mudah mempamerkan reaksinya dengan baik.bila terkejut ke..gembira ke..memang dipamerkan.dia juga pandai menyelami sifat-sifat orang lain dan tidak segan meluahkannya..keep up a good work pah.
Setakat itu je lah..esok exam!alamak..sempat lagi aku rupanya..

No comments: