Alhamdulillah..
Aku berpeluang kembara..
mencari nilai diri..mencari makna Islam dalam perjuangan..
Selalunya terperap di bumi Kelantan..
Orang Kata:
"Dahla dok kt kelate,belaja pon kelate,sedak uh"
Namun pabila terlalu lama masa itu berlalu dalam keadaan tiada perubahan atau jumud,
membuatkan diri meronta-ronta ingin menerokai alam yang diciptakan Allah nan luas ini..
Membawa kepada diriku di puncak Gunung Ayam pada penghujung tahun 2008..
Namun..ditentang hebat oleh ayahku di atas pemergian ku ke puncak alam itu..
Lalu sebagai menurut perintah,aku memberi "pencen" kepada aktiviti yang paling kuminati itu..
Tapi...
Aku teringat akan perbualanku dengan seorang pemuda yang menjadi jurupandu.(dengan Hafzan Sarah sekali)
Berkisar tentang pekerjaannya itu..
Apakah tidak terfikir akan dunia luar?
Apa yang akan berlaku..
Aku bingung.
Kerana aku tidak berada di tempatnya..
Namun jawabnya..(dia bekas penuntut IKBM..dalam usia 21 mungkin,lupa dah)
Lelaki itu(lupa nama): Saya sudah mendapat kepuasan yang dicari..saya merasakan alam ini semua kawan-kawan saya..dan jika boleh tidak ingin keluar dari sini..
Itu adalah sedikit sebanyak yang masih kuingat..
Aku tercengang mendengarnya..
mendengar melalui telingaku sendiri akan pengakuan lelaki itu..
Namun jauh di sudut hatiku,
apakah sebenarnya nilai hidup ini?
bila sudah jumpa akan kepuasan diri..so, that's IT??
hanya itu sahajakah?
Dalaman ku tidak bersetuju..
Bagaimana dengan tanggungjawab?
pada Allah
Rasulullah..
Ibu Bapa?
Masyarakat??
Apa sumbangan kita??
Ceritanya habis di situ..
Lelaki itu pun seperti tidak ingin menyambung katanya pabila melihatku tercengang begitu lama.
Sambung cerita pada kembaraku...
Untuk lebih memahami telah kurangka serba sedikit petanya..
Perhentian ku yang akhir ialah KULAI..di rumah kakak ku
yang baru melahirkan anaknya..
Moga-moga Kau selamatkanlah perjalanan pergi dan balikku Ya Allah..
P/S: akanku catat setiap laporan perjalananku nanti..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment