Monday, December 14, 2009
Wednesday, November 18, 2009
Menambah pendapatan
Tolak kembara aku.
Tolak urusan kesibukan nak daftar sem.
Aku ada 19 hari sahaja cuti!
Tapi aku mahu kerja.
Kerja+halal+manfaat kepada orang lain+manfaat pada diri aku= keredhaan Allah(?) + rezeki.
Tapi..kerja apa??
Baik..
senaraikan.
- Terfikir..nursery kat usm nk pakai orang tak.disamping aku jaga budak2, boleh aku belajar jaga budak.(nanti sem depan belajar paedatrik.mungkin berguna?)
- Dulu ayah aku ada cadang aku ngajar taska..tapi bila ditanya tentang gaji katanya buat secara ikhlas.-terus aku menolak(tapi bila fikir balik rezeki dari Allah kan?)
HAh!
tu je?
Alamak..
kena cari lagi.
Tuesday, November 17, 2009
Am I a good listener?
Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain.
Tetapi,aku cuba juga buat sedemikian rupa. Aku tunggu sehingga orang lain habis bercakap.
Dan...Puff!apa ingin aku cakap dah lupa.jadi aku mengambil tindakan "jika aku ingat aku terus cakap"..Namun, bila fikir balik,mungkin apa yang ingin aku cakap itu tidak penting sehingga aku terlupa.Jadi..
Amalkan prinsip lama..
Mendengar dan jangan mencelah perbualan orang lain..
Hem..sebagai seorang yang terasa dirinya bagus,suka aku ingin menceritakan tentang orang-orang yang aku suka berbual dengannya..
- Edot-aku letak edot di tangga teratas.seorang pendengar dan pencerita yang baik.memberi input yang baik setiap perkataannya diselangi dengan nada-nada yang lucu.walaupun tidak bersetuju dengan pendapat kita namun mampu memberi sebab yang baik akan setiap pendapat yang diberikan..
- . Aimi-hehe..aimi.aku suka bercakap dengan Aimi.Tapi depend on keadaan dia la.kalau dia tengah berserabut ke kusut ke baik jangan kaco.haha..Tapi,90% nya dia akan mendengar dengan baik.Aimi suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.LOVE IT!aku paling suka dengar perkara baru.dari Aimi aku tahu perkara-perkara baru.Mampu mempamerkan memek muka yang baik waktu bercakap.Dan mengefek aku jugak untuk memberi memek muka yang baik.A really good listener.kalo aku dh xjmpa dia rasanya aku akan rindui orang yang suka mendengar aku bercakap(HU3)..
- Haida-Haida memang lucu,periang,kreatif dengan nada suara yang luar biasa(haha...bukan pelik macam makhluk asing tu tidakla tapi aku pernah beritahunya yang aku suka dengar dia punya nada waktu 1st year dulu).But somehow, she had a really good interpersonal skill. Semua dia boleh masuk.Kagum aku!
- Dayah-dayah ialah member yang satu kepala dalam akademik.haha..ada maknanya tu.dia yang tolong ingatkan tentang kelas,assigment,meeting..apa2 je lah.Fuh,memang takdir bertemu dengan dia.tapi kadang2 garang gak(haha..aku xgarang ke?).Dia suka cerita jugak tentang famili dia.Setiap cerita aku mesti dia akan ada cerita yang sama jugak untuk diceritakan(eh,kita dok sekampung ke dayah?)
- Pah-Wah..pah,exrumateku..kaki gadoh dengan aku waktu dalam bilik dulu.haha..apa-apa pun gadoh sayang je.suka dia.suka dia membalas apa jua yang aku cakap.rasa macam diri kita penting dan disayangi(Oh,tidak!).suka tegur aku.suka kejut aku.Nilah satu2nya orang yang mampu kejut aku dari tido.haha...Kalo berbincang pasal akademik,dia ada buah idea dia dan aku ada buah fikiran aku.dan yang paling suka sekali bila dia mudah mempamerkan reaksinya dengan baik.bila terkejut ke..gembira ke..memang dipamerkan.dia juga pandai menyelami sifat-sifat orang lain dan tidak segan meluahkannya..keep up a good work pah.
Saturday, November 14, 2009
KEMBARA...
Aku berpeluang kembara..
mencari nilai diri..mencari makna Islam dalam perjuangan..
Selalunya terperap di bumi Kelantan..
Orang Kata:
"Dahla dok kt kelate,belaja pon kelate,sedak uh"
Namun pabila terlalu lama masa itu berlalu dalam keadaan tiada perubahan atau jumud,
membuatkan diri meronta-ronta ingin menerokai alam yang diciptakan Allah nan luas ini..
Membawa kepada diriku di puncak Gunung Ayam pada penghujung tahun 2008..
Namun..ditentang hebat oleh ayahku di atas pemergian ku ke puncak alam itu..
Lalu sebagai menurut perintah,aku memberi "pencen" kepada aktiviti yang paling kuminati itu..
Tapi...
Aku teringat akan perbualanku dengan seorang pemuda yang menjadi jurupandu.(dengan Hafzan Sarah sekali)
Berkisar tentang pekerjaannya itu..
Apakah tidak terfikir akan dunia luar?
Apa yang akan berlaku..
Aku bingung.
Kerana aku tidak berada di tempatnya..
Namun jawabnya..(dia bekas penuntut IKBM..dalam usia 21 mungkin,lupa dah)
Lelaki itu(lupa nama): Saya sudah mendapat kepuasan yang dicari..saya merasakan alam ini semua kawan-kawan saya..dan jika boleh tidak ingin keluar dari sini..
Itu adalah sedikit sebanyak yang masih kuingat..
Aku tercengang mendengarnya..
mendengar melalui telingaku sendiri akan pengakuan lelaki itu..
Namun jauh di sudut hatiku,
apakah sebenarnya nilai hidup ini?
bila sudah jumpa akan kepuasan diri..so, that's IT??
hanya itu sahajakah?
Dalaman ku tidak bersetuju..
Bagaimana dengan tanggungjawab?
pada Allah
Rasulullah..
Ibu Bapa?
Masyarakat??
Apa sumbangan kita??
Ceritanya habis di situ..
Lelaki itu pun seperti tidak ingin menyambung katanya pabila melihatku tercengang begitu lama.
Sambung cerita pada kembaraku...
Untuk lebih memahami telah kurangka serba sedikit petanya..
Perhentian ku yang akhir ialah KULAI..di rumah kakak ku
yang baru melahirkan anaknya..
Moga-moga Kau selamatkanlah perjalanan pergi dan balikku Ya Allah..
P/S: akanku catat setiap laporan perjalananku nanti..InsyaAllah..
Mencari keredhaan dalam beribadat??
Entah mengapa.
Terkenang dosa perbuatan lama..
Pernah juga dengar,
"Lupakan perkara lama tapi fikir apa yang akan dibuat untuk kemudian hari"
Lalu..
Aku cuba untuk membuat percaturan sendiri..
Dimana..
Apakah tahap ibadah ku mencukupi untuk melawan tahap kemaksiatan yang dilakukan..
Bagiku..
Dengan beribadah dan diselangi dengan beberapa perkara lain..
Mampu untuk melawan kemaksiatan..
Ini dia.....
Setiap orang ada pandangan masing-masing kan?
Tapi akan ku mantapkan ibadah ku dengan sepenuh hati.
Aminn
Wednesday, November 11, 2009
Apa kata cinta??
cinta sukar diucap oleh kata-kata..sukar ditafsirkan melalui perbuatan...
namun bila racun cinta menguasai diri..diri menjadi lemah..longlai..
hanya kerana cinta..
Namun..
bagaimana cinta yang begitu mencengkam kalbu
ditukarkan kepada cinta kepada Allah
Subhanallah........
apakah menjadikan diri semakin lemah??
TIDAK!
kita akan menjadi semakin kuat
semakin kuat
Oh hati....
kawallah dirimu..
bantulah aku untuk mengenal Allah
bawalah aku kepada cinta Allah..
bimbinglah diriku jalan yang benar..
Hanya dengan pertolongan Mu jua ya Allah....
Saturday, November 7, 2009
Dosa pada mulut??
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya di antara perkara yang boleh menyebabkan mendapat keampunan: Memberi salam dan baik percakapan.� (Hadis riwayat ath-Thabarani)
Astarfirullah...........mungkin aku telah melakukan dosa pada mulutku Ya Allah?
Sesungguhnya setiap perkataan yang keluar dari mulut akan dihisab kelak
Oh..takutnya..........
Petang ini, 6hb 11 2009,suatu kejadian yang membuatkan aku lebih memahami akan diam lebih baik dari bercakap..
Aku ingin menjemur bajuku..namun aku teringat akan apa yang telah cakap(boleh dikatakan berhujah) dengan rakanku tadi..
bammm!!
aku terlanggar tiang ampaian besi..dibahagian hujungnya terkena bibirku..
terasa di lidahku darah yang keluar dari bibirku..
aku cuba untuk bertahan..aku teruskan dahulu menjemur bajuku walaupun terasa amat pedih gigi dan mulutku
hatiku berdebar-debar..tidak putus-putus aku menyebut namaMu dihatiku..
Ya Allah..pengkafarah dosa apakah kali ini?
adakah kerana lidahku?
adakah kerana aku bercakap perkara yang sia2?
adakah kerana aku bercakap dalam keadaan aku ujub?ria'?
Astarfirullah...
Aku menerima kejadian ini dengan berlapang dada...
Aku akan cuba untuk menjaga lidah dan mulutku yang mengeluarkan kata2....
aku pulang ke asrama..
agak besar ruang yang terlanggar bibir dan gigi..
menjadikan luka yang mengeluarkan darah..
Aku insaf atas petunjukMu ya Allah..
Friday, November 6, 2009
Sakitnyerrr........
sabar2..
xde mood nk study
btl2............
Astarfirullah..........
Thursday, November 5, 2009
REALITY?FANTASI?ILUSI?
Trengggggggg...........
Kedengaran bunyi siren keretapi
Aku melambai tangan pada ayah dan adikku yang mulai bertolak ke Johor utk melawat kakak ku disana. Disamping menziarahi anak saudaraku (SHAFIY AHZA) yang dimasuki NICU kerana tidak sedar diri..
Kemudian aku bertolak ke USM untuk meneruskan perjuangan ku disana.
Ditemani sepupuku...
Lalu diceritakannya, keadaan keluarga nya...kakak-kakak dan abang-abangnya..(11 orang adik beradiknya)
yang telah brumah tangga.
Masya Allah...
Tidak seindah yang disangka rupanya..
Jadi selama ini aku berada di alam fantasi??
Tidak..aku tidak pernah terfikir akn kebahagiaan sepenuhnya..
Namun..apakah seteruk itu??
OHH>...aku belum matang......
Mencari pasangan yang baik..harus bermula dalam diri..
perbetulkan diri aku dahulu...sebelum mencari pasangan..
Walaupun pernah kecundang.Namun aku bangkit kembali..
Mencari tujuan asal..mencari prinsip asal...
Walaupun hatiku pernah dicuri...
Namun kugagahi jua utk mengambilnya kembali..
Untuk kembalikan cinta pada yang benar..
Pada HAK-NYA..
Astarfirullah..
Aku diuji lagi.....
Monday, October 26, 2009
Salam perubahan...
Menjadi titik permulaan buat diriku..
Kekuatan sebenarnya lahir dari diri kita sendiri!
Ditambah dengan munajat kepada Allah..
Aku mampu melakukannya!
Positifkan diri..
Menjaga hati..
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Husnuzon pada Allah
Tuesday, September 8, 2009
Apa yang paling anda risaukan?
Apakah yang paling anda bimbangkan?
- 1st time melakukan procedure eye dressing?
- senyuman cik cah?
- terserempak dengan cik supa?
1st time melakukan eye dressing
sememangnya pada malam sebelum masuk wad hari ini, sudah ku prepare siap2 tentang eye dressing...
Pabila peluang untuk melakukan eye dressing ada, terus ku dengan yakin menyatakan ingin membuat eye dressing..
Alangkah harunya dunia pabila baru terasa yang teori tidak sama dengan amali
Debaran yang harus diharungi..
Pesakitnya pula terkena mercun buatan sendiri dan mengakibatkan bahagian muka dan mata melecur(Alhamdulillah mata dia ok)
Kehampaan mulai melanda pabila tersilap membersih tangan dengan tisu dekat sink.sepatutnya ambil tisu yang sterile.
Senyuman Cik Cah
Kebimbangan ke 2 ini tidaklah serumit mana namun masih memberi debaran dihati pabila melihat cik cah tersenyum dengan simpulnya setelah mendapat cerita dari yang berkenaan dengan 'mood cik cah'
HEmmmm........Alhamdulillah
Terserempak dengan Cik Supa
Kusangkakan panas hingga ke petang pabila mendapat mood yg baik dri cik cah, namun hujan di tengah hari pebila terserempak dengan cik supa..
Ceritanya begini...
Aku dan Yati berjalan pulang dengan girangnya kerana dapat pulang awal.Kami berhenti di Aini's Marketing..
Dalam perjalanan pulang, Yati ternampak kelibat Cik Supa.
Yati: Eh,Cik Supa lah
Aku: Ah,pedulikan.jom kita lalu kat sini.
Yati:tapi aku rasa mcm cik supa tgk kita
terus lalu jalan lain....
Aku: mesti cik supa ingat kita nak lari dari dia kan?
Yati:ha ah la wei..
tiba2...
Cik supa datang dari hadapan..
c.s: why are you came out so early? where do you posting today?
yati: klinik mata
c.s: you should not finish so early
Aku: patient kurang hari ni
c.s: you can stay in the ward and do your log book
Aku: sebenarnya macam ni, kami dapat keluar awal sebab kami cut waktu rehat kami..
c.s: your recess should only 15 minutes..now you came out too early
beliau pergi meninggalkan kami...................
Huhuhuhu
Kisah Puteri Cik Siti Maryuni bersama Maggi ajaib
Maka bermulalah sebuah kisah berlakunya di Negeri Al Murniyun di hujung sempadan Afrika Barat Daya..
Seorang puteri beradu tenaga(eh, silap!beradu di singgahsana di Istana To To Seben)
Arakian beradunya itu umpama disumpah oleh Grandma Kebayan
Kerana tiadalah terbangun sehingga matahari hampir terbenam..
Tiba-tiba..
Dirinya dikejutkan akan tiada persiapan akan ia untuk berbuka puasa!walhal waktu itu merupakan bulan ramadhan di bumi Al Murniyun..
Maka,teramatlah muka akan ia pada dayang2 kerana tiada persiapan dilakukan utk berbuka puasa..dialognya:
Puteri: Dayang-dayang! mana kamu sekalian?Alangkah seronoknya kamu bermain hula hoop tanpa memperdulikan beta!
Dayang: Ampunkan kami puteri(dgn nada terketar2)..kami akan memasak secepat mungkin demi tuan puteri
Puteri:Sudah!tidak perlu..beta akan masak sendiri.huh!
Dayang2: Apa???Jeng3.....
Lalu dengan terbongkok2 dan sepenuh kudrat tenaganya, baginda puteri berjaya mencipta suatu resepi di bumi Al Murniyun..
Dengan Bantuan Puteri Azila...
Inilah Hasilnya..
Mee Ruski+Nasi Air MAGGI segera+air+sambal daging..
Puteri itu memakan dengan tenangnya tika berbuka puasa..
Dayang2 lega..
Namun disangkakan cerah hingga ke petang..
Tapi Ribut Petir berlaku lagi..
Puteri: Dayang!!!!!!!!!!Beta mahu NASIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekian.....The End
Monday, September 7, 2009
Teringat...
Caution: sesiapa yang tidak suka mengingati kenangan lama, dipersilakan jgn teruskan usaha membaca perenggan dibawah kerana mungkin membawa kepada acute@chronic memorinius failure(maaf, rekaan semata2,jgn cuba mencari mksd dlm nursing dictionary)
Mula datang Usm...
Oh...mcm ni rupanya asrama dia..
Roomate yg 1st, Cik pinas dan Cik Tehah.
Best dapat dok ngan diorang..
Hepi memanjang..
Suka buat lawak..
Tehah yang caring..
Pinas yang suka buat muka selamba..
Lepas tu, tahun 2 aku berpindah ke nurani..(what???)
Kat sini pun best sgt2..
Dapat jumpa pah yang suka tampor nyamuk
Aimi yang suka ngepek..(haha, sori mi.aku tahu tu nasihat kasih sayang)
Kuzi yang suka bagi pinjam sudu,gelas,pinggan-semua sekalilah bedal.
Dayah yang suka jemput ke kelas(huhu...kalo tak memang aku sentiasa tertinggal)
Kadang2 Haida dtg sebagai YB jemputan(kononnya..huhu)
Lastly...I Love U All!!!!
Sunday, September 6, 2009
Ayah sebelah kanan, mak sebelah kiri..
Teringat pula ibu ayahku..
Bagaimanakah keadaanya..
Dalam fkiran aku, alangkah indahnya jika satu perkara ini sentiasa dikekalkan ada...
Iaitu..
Suasana dalam kereta, ayah sebelah kanan,mak sebelah kiri(dari pandangan ak dok kt belakang)
Tapi aku sedar, semua itu tidak mungkin selama2nya ada..
Bagiku, itu adalah salah satu nikmat, aku bahagia akan suasana itu..
Yang tidak dapat dinikmati oleh anak2 yatim yg tidak pernah jumpa ibu dan ayahnya.
Ya Allah..aku tidak pernah bersyukur akan perkara ini..
Sekiranya abangku pulang ke rumah, beliau akan memandu kereta persona yg teramat disayanginya..adik beradik ku yg lain berebut ingin menaiki kereta tersebut...
Tapi aku?
Aku suka akan kereta ayahku
Walaupun tidak secantik kereta mercedes..
tidak secantik kereta perdana..
tidak secantik kereta persona..
Namun aku suka akan nikmat yang satu ini..
Melihat ayahku kanan dan ibuku kiri...
Subhanallah...
Tuesday, September 1, 2009
Malam Yg Sepi..
2,3 menjak...kuterasa diriku teramat sunyi..
aku rasa kosong...
Astarfirullah..aku memohon ampun atas dosaku. kurasakn semua sahabat2 ku hilang...seolah2 ak xmengenal siapa pn di dunia ini..
aku disini..dibelenggu 2 penjuru(akukah yg mencipta sendiri belenggu itu?wallahualam)
lalu aku diikat dengan suatu penyeksaan perasaan yg amat berat kurasakan bagi insan lemah seperti aku ini.
Setiap manusia perlukan sahabat..teman..sebagai penyeri hidup
Aku turut mencuba utk berpegang pada prinsip cintai org lain dahulu..bru org cintai kita..
Aku mencuba sedaya upaya..Tapi mungkin hasutan2 jahat dalam diriku ini yg suka menyuruh aku menyerah kalah..
Aku terus mencuba dan hingga.......
Aku berada pada keadaan sekarang..
terasa kesunyian..
Aku perlukan teman utk menasihatiku..
Aku xkisah sekiranya teman ku menegurku..
Asalkan tegurannya kerana Allah..
tapi hakikatnya...
tiada..
memangnya..
sayang pada Allah yg utama..
sayang pada Nabi..
sayang kedua Ibu Bapa..
Oh,Tuhan..apakah kerana aku masih lalai dalam tanggungjawabku sebagai anak, ingin ditunjukkan padaku dgn memberiku dugaan ini..
Ya Allah..berilah petunjuk pada hambaMu yg lemah ini....
Wednesday, April 29, 2009
Perubahan?
Sakit kepala,penat,sakit sendi(sikit2),rasa nak demam..aku bru lepas habis exam yang terakhir bagi tahun 2 aku disini.Sem depan dah tahun tiga(Oh,Tuhan begitu cepat masa berlalu).penat kerana meneran dan menekan otak ku ini agar mengeluarkan kuasa2 yang terpendam(macam naruto pulak) untuk menjawab exam( dengan bantuan Allah jua, InsyaAllah..)
Pun begitu..aku redha akan segala ketentuanNya yang memberi nikmat sakit padaku(kukatakan nikmat kerana ia adalah pengkafarah dosa2ku, InsyaAllah). Namun,redha tanpa ikhtiar tidak menjadi juga. Minum air masak banyak2, makan ubat,rehat dan lain2, itulah ikhtiar.
Baiklah, sebut mengenai ikhtiar, pernah tak sahabat2 berikhtiar untuk mendapat sesuatu, atau untuk menjadi sesuatu(secara fitrahnya, menjadi baik adalah fitrah,manusia bukan?). Aku baru sahaja selesai menghabiskan membaca 'tentang cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dengan bahasa karangan yang mudah, ia mampu menyuntik semangat dalam diriku(tak sure syringe brapa cc,nedlee aku ambik yang 19 lah.besar sikit).
Aku selalu ingin berubah menjadi yang lebih baik dari semalam,cuba jugak berusaha..namun memang susahkan?atau aku yang sengaja menyusahkan ia?Dalam buku itu ada sebut,kita tidak akan berubah kalau sekiranya kita tidak belajar dari apa kesalahan atau kelalaian yang ingin kita ubah.sebagai contoh, abu kemalangan sebanyak 5 kali.dia selalu terfikir kenapa dia sahaja yang selalu dilanggar dan melanggar orang lain?sememangnya sekiranya kita melihat dari sudut yang tersurat kita akan rasa dia yang malang. Namun,bukan begitu yang tersirat.Kita mestilah belajar dari tiap kesalahan dan kelalaian yang sering kita lakukan. Lagi sekali, bukan mudah kan?Pernah juga aku terbaca blog Ustaz Hasrizal, dia ada menyatakan pandangan tentang perkara ini. Apa yang membuatkan kita tidak ingin berubah dan tidak mahu berubah? kalau soalan itu ditujukan kepadaku khususnya, mungkin aku akan jawab,'nak buat macamana,memang saya dididik begini,atau sudah takdir untuk aku jadi begini,atau ini memang diriku,kenapa hendak berubah?' itu adalah kemungkinan jawaban yang akan aku berikan. Dan bila aku baca lagi penjelasannya,barulah aku mengerti yang aku telah menyekat diriku untuk berubah dengan berfikiran sedemikian rupa. Kita seolah-olah dengan sendiri mewujudkan 'gap' itu dalam diri kita.Kenapa nak salahkan orang lain kan? Sekiranya aku membuang semua tanggapan itu dan memulakan hari baru dengan setiap perubahan yang baru(yakni perubahan yang baik dan mengikut syariat),InsyaAllah aku boleh berubah.
MUST ALLOW MYSELF TO BE CHANGES!!!
Friday, April 17, 2009
Trima Kasih duhai sahabat..
- Diatas perasmian pembukaan blogku untuk tatapan umum(bajet blog bagus sgt...), aku ingin ucapkan selamat menjamu mata kalian semua untuk membaca blog yang teramat puitis ni(bila aku baca balik,aku pun malu nak tgk lama2.haha).tapi apa2 pn,silalah komen dgn setulus hati kalian..
- Untuk sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong aku supaya aku memberitahu alamat blog aku(terutama cik pah-penghuni katil atasku)..nah,ambik blog ni.nk sgt...(hehehe...maaf ayat terlalu lembut)
- Dan untuk sahabat2 yang lain...
-kuzi(tima ksh sbb sudi bg pinjam mangkuk dan sudu.hehe..merangkap rumate yg amat meminati bergambar dgn muka bajet cun(memang cun pn..huk3)
-dayah(trima ksh sebab sudi jemput aku pagi2.hu3...besar jasa neh)
-haida(tima kasih sebab sudi mendisaster kan bilik ni di saat kehadiranmu..haha,gurau haida.tq sebab sudi menceriakn bilik ni)
-sik fung(trima kasih fung sebab sanggup tengok blog yang tak seberapa ini..hu3)
Okey....moga kita semua berjaya!!salam.....
Monday, March 2, 2009
Allah Maha Penyayang...
Sayu di hati terdengar akan tangisan bayi yang bergema di bilik bersalik..lebih menyayat hati, kehadiran bayi itu tanpa diiqamatkan lagi. kerana...lahirnya tanpa dipinta, lahirnya tidak diduga, kemunculannya adalah daripada suatu kesilapan..Oh Tuhan, aku bersyukur akan nikmat yang Kau berikan kepadaku..lahirnya aku beribu dan...berBAPA...
saat kenampakan ubun2nya...dalam hatiku seolah2 menjerit, 'Aku benci kau duhai lelaki'..apakah dosanya bayi ini? apakah bayaran yang dapat kau ganti pada setiap saat kesakitan ibu kepada bayi ini saat2 melahirkannya? dimanakah engkau?
Namun, aku sedar.aku bukan Tuhan yang bisa tahu tentang hati hamba2nya..aku tidak berhak untuk mencemuh dan mngkeji kaum adam..kerana aku kaum hawa mempunyai kelemahan jua.
Duhai aku dan kaum hawa sekalian, sedarlah betapa Allah Maha penyayang...diberi peringatan kepada kita agar menjaga diri kita sendiri dan menjga maruah kita..diberi Al-Quran sebagai petunjuk, diberi sifat malu sebagai benteng pertahanan diri, diberi tudung untuk dilabuhkan diberi baju untuk dilonggarkan di tubuh. semuanya kerana apa? kerana Allah sayang kan kita....dan kita??
Monday, February 2, 2009
Nikmat hati...
Hati....
bila begini dewasa baharulah aku mulai terasa akan betapa susahnya hendak mengawal hati..seperti sabda nabi, sememangnya hati mengawal seluruh anggota..
masa kecik2 dulu, tidak pernah hirau pun akan hati. yang selalu terasa hati adalah ibu bapa yang selalu pening dengan tingkah laku yang nakal sewaktu kecil.
bila dah dewasa ni,baru faham akan istilah sakit hati, terasa hati, suka hati, hati batu, keras hati, lembut hati. semuanya hati. aku cuba untuk mengawal hatiku agar jangan lari dari batasan yang telah ditetapkan. batasan untuk menjadi perempuan yang mempunyai hati yang murni..
ubat hati adalah mengabdikan diri kepada Allah..hati akan jadi tenang..aman..damai..
kadang2, bila terlampau marah sangat dengan kebodohan diri sendiri, kerana selalu membuat kesilapan, aku selalu menyalahkan hati.
- kenapa kau tak nak jadi baik wahai hati?
- kenapa kau tak nak jadi lembut wahai hati?
- kenapa kau bersikap ego wahai hati?
- kenapa kau sukar menerima pendapat orang lain wahai hati?
persoalan2 begini membuatkan aku sekejap lupa akan nikmat hati yang Allah berikan. Astarfirullah...
- tanpa hati,bagaimana aku mahu berkasih sayang?
- tanpa hati, bagaimana aku mahu jadi orang yang baik?
oleh itu apa yang perlu aku buat ialah mengawal hati dengan lebih baik lagi..Allah suka pada hambaNya yang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. jadi aku mesti terus usaha lagi tanpa putus asa, doa banyak2 lagi...InsyaAllah......
Saturday, January 24, 2009
Sireh pulang ke ganggang...
hampir semua member-member aku dah balik.maka, tinggallah aku kesepian di lembah usm ini (sebenarnya memang selalu macam ni pun)..
beberapa soalan sentiasa bermain di bibir student usm ini apabila esok atau lusa bermulanya cuti.antaranya ialah:
- balik bila?
- balik esok ke?
- bas pukul berapa?(maaf, soalan ini sememangnya tak akan diajukan oleh member-member rapatku)
dan pelbagai jawapan yang aku berikan...
- time jiwa tenang, setenang air jus buah kat cafe nurani(yum3...sedapnya,terutama jus carrot.fuu)
InsyaAllah..mungkin esok petang ini atau esok.. - time jiwa nak usik orang
tunggu semua budak usm balik dulu,nanti boleh aku tolong tengok2 kan usm ni..ganti pak gad(maaf ejaan kurang memuaskan) - time jiwa sibuk(sebab waktu tu banyak benda nak kena fikir)
tak tahutengoklah dulu kot nanti abah telefon
tunggu kemas barang-barang dulu
apa-apa pun..pulanglah masing2 ke kampung masing2 seperti sireh pulang ke ganggang(masa tu darjah 5 tak silap baru tahu peribahasa ni)
jumpa dengan emak dan ayah.
emak yang mengandungkan kita selama sembilan bulan(depends pada emak dia).
ayah yang bersama-sama menjaga kita ketika kat dalam perut mak(tolong cari makanan sbb mak mengidam)
emak yang bisa mengalami muntah2 dan pening2 pada trimester pertama(disebabkan oleh peningkatan hormon HCG)
ayah yang turut sama pening kepala tgk mak dok muntah2
emak yang bisa menanggung pertambahan berat sebanyak 13-14kg kat badan dia
ayah dok serabut kepala memikirkan samada perlu cari bini baru ke tak..sebab tgk badan mak tak se slim dulu(hihi..gurau aje)
emak yang bisa menghadapi kerenah2 kita sejak kecil...
ayah yang senantiasa melindungi kita...
Alhamdulillah atas nikmat kasih sayang ibu dan ayah yang Allah kurniakan
Masalah daya ingatan??
Tuesday, January 20, 2009
"Hanya lembah yang rendah bisa menangkung air,berbanding gunung yang tinggi yang tidak punyai air"
namun pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi demi mencapai tujuan itu..membuat aku letih..letih dengan ketidakupayaan diri melawan segala kebenjatan alam..Astarfirullahhhh.